Cahaya Hidayah
Hati, Ujian dan Kepatuhan
Archive for the ‘Solat’ Category
Fadhilat Bersolat Tahajud
without comments
Sabda Rasulullah SAW, daripada Umar bin al-Khattab yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan solat malam, dan dia membangunkan solat, maka Allah memuliakan dia dengan sembilan perkara: Lima perkara di dunia dan yang empat lagi di akhirat.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menyahut tawaran Allah untuk bangun menunaikan qiamullail iaitu ganjarannya terlalu besar nilainya, lebih besar dan bernilai dari dunia ini dan segala isinya. Janganlah sampai ayam yang tidak berakal itu lebih pintar dan lebih baik daripada kita. Seperti nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, janganlah engkau tidur di kala ayam jantan berkokok pada waktu fajar.”
9 kemuliaan solat Tahajud
1- Dia dijaga oleh Allah daripada beberapa bencana.
2- Berkat ketaatannya, akan nampak pada wajahnya.
3- Dia disukai oleh hamba Allah yang soleh dan oleh semua manusia.
4- Ucapannya mampu mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah.
5- Diberi cepat mengerti dan mendapat ilmu pengetahuan.
6- Dia dibangunkan dari kubur dengan wajah yang putih berseri.
7- Diringankan hisabnya.
8- Melalui titian siratul mustaqim bagaikan kilat yang menyambar.
9- Diberi buku catatan amalannya melalui tangan kanannya di hari kiamat.
(Raudhatul Ulama).
http://aferiza.wordpress.com/2007/08/23/sembahyang-sunat-tahajjud/
Written by aferiza
December 18th, 2008 at 3:59 pm
Posted in Solat
Fadhilat Bersolat Hajat
without comments
Dari ‘Abdillah ibn Abi Aufa meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada seseorang makhluqNya, maka hendaklah dia berwudhu’ dengan mengelokkan-wudhu’nya dan bersolat dua raka’at, dan kemudiannya memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW lalu hendaklah dia membaca do’a ini. La Ilaha Illallah al-Halim al-Karim, SubhanAllah rabb al-’Arsh al-’Adzim (du’a ini tidak disalin semua) -Hadith 148 Mastika Hadis Jilid 2
Sungguhpun hadis ini hadis daif, tetapi ia disokong oleh hadis sahih yang berikut
Hadis 149 Mastika Hadis Jilid 2:
Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat 2 raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)
Disokong juga oleh hadis sahih yang berikut:-
Hadis 150 Mastika Hadis Jilid 2:
Dari ‘Uthman bin Hunaif RA, bahawa telah datang kepada Rasulullah SAW seorang yang buta matanya seraya berkata, “Ya Rasulallah! Doakan kepada Allah untuk saya supaya Dia menyembuhkan saya” Rasulullah SAW bersabda, “jika engkau mahu, (doakan segera) maka akan aku doakan untukmu dan jika kamu mahu kamu boleh bersabar dan ianya (bersabar) lebih baik bagi kamu.” Lelaki itu menjawab, “Doakanlah” Maka Rasulullah SAW menyuruhnya supaya berwudhu’ dengan elok lalu bersolat dua raka’at dan berdoa dengan doa ini, “Allahumma Inni asaluKa wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad Nabiy ar-rahmah. Inni tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi lituqdha liyy. Allahumma fashaffi’hu fiya
Hadis ini juga menjadi dalil harus bertawassul. Minta dengan Allah, bukan dengan wali, cuma wasilah melalui doa orang yang soleh. Amalan yang baik juga menjadi wasilah.
Kaedah Doa Nabi Yunus
Dalam hadis yang lain Nabi bersabda, siapa yang ada hajat, solatlah dan baca doa Nabi Yunus (selama 40 hari):
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)
Dalam hadis yang lain, bila ada hajat, solatlah 2 rakaat dan sujud (luar solat) serta bacalah doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali. Doa Nabi Yunus ini adalah ayat quran, maka hendaklah sujud diluar solat kerana ada larangan membaca ayat quran di dalam sujud semasa dalam sembahyang.
Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)
Galakkan sembahyang sunat di rumah:-
Hadis 151 Mastika Hadis Jilid 2:
Dari Umar Bin Al-Khattab r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda“Sembahyang sunat yang dikerjakan oleh seseorang dirumahnya; menjadi Nur(cahaya) yang meneranginya; oleh itu, sesiapa yang suka (mendapat kelebihan itu), hendaklah ia menerangi rumahnya (dengan sembahyang sunat)
Dalam hadis lain menjelaskan: “Solatlah kamu dirumah-rumah kamu dan jangan jadikan ia sebagai kubur-kubur.“(Riwayat Ahmad) Ia bermaksud rumah-rumah yang tidak didirikan lansung solat di dalamnya menjadi sepi seumpama kubur.
Hadis 152 Mastika Hadis Jilid 2:
Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”
Written by aferiza
December 18th, 2008 at 3:51 pm
Posted in Solat
Solat pacu manusia bentuk gaya hidup sihat
without comments
Oleh Ghafani Awang Teh
Berwuduk, khusyuk dalam sembahyang amalan terbaik tingkat kemampuan fizikal, mental
ISLAM menggalakkan umatnya mengamalkan gaya hidup sihat. Allah mengingatkan manusia supaya jangan berlebihan dalam makan dan minum selari penemuan ilmu perubatan bahawa 90 peratus penyakit manusia berpunca daripada usus yang menjadi tempat menampung makanan.
Selain berhati-hati dalam pemakanan, manusia juga perlu mengamalkan riadah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” (Hadis riwayat Muslim)
Secara umumnya, ilmu kesihatan mengesahkan bahawa manusia perlu menjalankan latihan jasmani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit untuk satu sesi. Apa yang nyata Islam adalah agama sahih dan mementingkan gaya hidup sihat.
Allah memerintahkan umatnya melaksanakan ibadah khusus seperti berwuduk, bersolat, berpuasa, dan berzakat sebenarnya mempunyai matlamat serampang tiga mata. Pertama, untuk kesihatan jasmani, kedua bagi menjaga kesejahteraan rohani dan ketiga, menjaga kebersihan persekitaran.
Bagaimanapun, solat dianggap ibadah khusus paling penting membimbing manusia menjalani gaya hidup sihat. Persoalan besar timbul ialah solat yang bagaimana mampu memacu manusia membentuk gaya hidup sihat.
Sebelum mendirikan solat, umat Islam diwajibkan bersuci dengan cara berwuduk. Amalan berwuduk diwajibkan sekurang-kurang lima kali sehari sebenarnya mendisiplinkan umatnya menjaga kebersihan secara teratur dan tetap. Berwuduk membabitkan pembersihan anggota badan tertentu. Read the rest of this entry »
Written by aferiza
December 13th, 2008 at 2:05 pm
Posted in Solat
Pelbagai kelebihan mukmin tunai solat tahajud
without comments
Tunaikan sembahyang pada malam hari dijanjikan kedudukan terpuji di akhirat
AMALAN solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat tahajud seperti sabda Nabi SAW: “Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, Nombor 1163.
Namun begitu hanya segelintir umat Islam pada masa kini yang prihatin dan mengambil peduli berkaitan pelaksanaan ibadat solat tahajud ini. Majoriti umat Islam lebih memilih untuk tidur.
Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: “Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu.
Menurut Ibn Faris: Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat pada malam hari. Menurut al-Kurra’ pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus.” Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203
Oleh itu, solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh. Read the rest of this entry »
Written by aferiza
November 22nd, 2008 at 3:36 am
Posted in Solat
Terapi solat
with one comment
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. Read the rest of this entry »
Written by aferiza
October 25th, 2008 at 11:11 am
Posted in Solat
Sembahyang jadi kayu ukur darjat keimanan manusia
with one comment
ULAMA berbeza pendapat dalam menentukan hukum orang yang meninggalkan solat. Ada yang mengkafirkan dan ada yang mengatakan imannya semakin berkurang. Berbeza Rukun Islam lain seperti puasa, zakat dan haji, apabila ditinggalkan ia akan mengurangkan keimanan seorang Muslim.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidaklah mereka diperintahkan kecuali supaya beribadah, iaitu menyembah Allah serta mengikhlaskan diri kepada-Nya dalam mengikuti agama yang hanif (suci) ini, mendirikan solat serta menunaikan zakat. Demikian itulah agama yang lurus.” (Surah al-Baiyyinah, ayat 5)
Solat disyariatkan sebagai tanda bersyukur kepada Allah, menghilangkan dosa, menunjukkan kepatuhan, ketaatan dan rendah diri di hadapan Allah dengan menggunakan anggota badan untuk berbakti dan menghambakan diri kepada Allah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah memfardukan lima waktu solat. Sesiapa yang memperelokkan wuduk dan solat tepat pada waktunya, menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuk, Allah berjanji kepadanya untuk mengampunkan dosanya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak melakukan semua itu, Allah tidak berjanji untuknya. Jika Dia ingin mengampunkan dosanya, maka diampunkan. Begitu juga jika Dia ingin mengazabnya, Dia akan mengazabnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Tidak dinafikan, ada orang yang benar-benar khusyuk dan sempurna dalam solatnya. Namun, kebanyakan mereka kurang sempurna dan lalai. Tidak hairanlah setiap orang beriman akan mendapat ganjaran mengikut tahap kesempurnaan serta keikhlasannya ketika melakukan solat.
Allah menentukan bahawa solat adalah syarat penting untuk membuktikan seseorang itu beriman pada Allah. Solat juga mampu menghilangkan keresahan yang sentiasa menyelubungi manusia. Dengan solat, hati mereka menjadi tenang, gembira dan ceria.
Ujian pertama selepas melafazkan kalimah syahadah ialah solat. Allah cuba menguji manusia beriman dengan ujian pertama yang kebanyakan manusia gagal memenuhinya. Hukum kafir kepada sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja dan menganggap tidak wajib. Ulama bersepakat bahawa darahnya halal untuk dibunuh.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perjanjian antara Muslim dengan kafir ialah solat. Sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya dia telah kafir.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaai dan Ibn Majah) Read the rest of this entry »
Written by aferiza
July 18th, 2008 at 4:43 am
Posted in Solat
Solat ‘pendinding’ daripada kemungkaran
without comments
Oleh Mohd Shukri Hanapi
DIDIKAN AWAL: Rasulullah berpesan agar mengajar anak mengambil wuduk dengan betul dan menunaikan solat sejak berusia tujuh tahun. - Gambar hiasan
Kesempurnaan ibadat jadikan jiwa sentiasa tenang dan bencikan kejahatan
SALAH satu peristiwa agung yang berlaku kepada Rasulullah ialah Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj adalah antara mukjizat terbesar dan tidak pernah dikurniakan kepada nabi serta rasul sebelumnya.
Pada peristiwa itu Rasulullah SAW menyaksikan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. Di samping itu, Baginda juga diperlihatkan dengan pelbagai kejadian dan peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan perilaku manusia dengan balasan bakal mereka terima.
Di kemuncak peristiwa inilah Allah mensyariatkan solat kepada umat Islam. Sesungguhnya solat adalah ibadat paling utama bagi umat Islam sehingga ia disebut sebagai tiang agama.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kewajipan mendirikan solat diperintahkan Allah dalam firman yang bermaksud: “Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna seperti mana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa’, ayat 103)
Melihat betapa pentingnya kewajipan solat dilaksanakan oleh setiap umat Islam, Rasulullah menyuruh supaya ibadat solat itu diajarkan kepada anak ketika berumur tujuh tahun dan memukul mereka dengan pukulan bertujuan mendidik jika enggan solat ketika berumur 10 tahun. Read the rest of this entry »
Written by aferiza
July 18th, 2008 at 4:41 am
Posted in Solat
Solat berkualiti zahirkan peribadi mulia
without comments
Oleh Ibrahim Abdullah
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruknya pencuri? Sahabat bertanya: Siapakah dia, wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Orang yang mencuri dari solatnya. Sahabat bertanya: Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya? Baginda SAW bersabda: Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”
Dalam kisah lain, Rasulullah SAW pernah menyuruh orang yang sudah melakukan solat untuk mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma’ninahnya.
Baginda SAW menjelaskan cara yang benar dalam melakukannya sebanyak empat kali hingga selesai. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Solat seseorang di antara kamu tidak akan sempurna sebelum mengerjakan yang demikian itu.”
Menunaikan solat saja tidak mencukupi hingga mencapai taraf kesempurnaan. Kesempurnaan bukanlah paksaan, tetapi sebagai cara untuk menerapkan jiwa solat supaya membentuk keperibadian terpuji, menghasilkan keberkatan serta memperbaiki diri.
Kesempurnaan solat dimulakan dengan menyempurnakan wuduk mengikut contoh dan petunjuk Rasulullah SAW kerana pergerakan tanpa peraturan tidak akan memberi makna.
Setiap gerakan solat memiliki jiwa dan roh, peranan serta makna tersendiri yang akan memantulkan kekuatan positif. Ia adalah sebuah irama kesatuan yang saling membantu dan menyempurnakan gerakan seterusnya.
Wuduk bermakna membersihkan keperibadian buruk dan dosa. Menghadap kiblat bererti menghadapkan jiwa dan roh sepenuh hati dengan khusyuk dan merendah diri. Manakala takbiratulihram membesarkan Zat Allah. Read the rest of this entry »
Written by aferiza
July 1st, 2008 at 3:37 am
Posted in Solat, Tajdid Iman
Panduan solat secara aktif hayati bacaan
without comments
JUDUL: Solat Khusyuk Solat Smart
PENULIS: M Siddiq Mustika
PENERBIT: PTS Millennia Sdn Bhd
PENGULAS: Jami’ah Shukri
SOLAT khususnya, sembahyang lima waktu adalah tiang agama dan menjadi rukun Islam kedua. Kewajipan menunaikan solat adalah satu tuntutan dan meninggalkannya adalah satu dosa besar.
Sesiapa yang meninggalkan solat sesungguhnya mereka menegakkan jalan hidupnya, manakala sesiapa yang meruntuhkan, sesungguhnya dia meruntuhkan jalan hidupnya.
Namun untuk memastikan solat yang ditunaikan diterima Allah SWT dan dilakukan dengan khusyuk pasti kita perlu menilai sejauh mana ia memenuhi tuntutannya. Buku garapan M Siddiq Mustika ini membincangkan secara mendalam mengenai solat smart yang sepatut diamalkan supaya tanggungjawab menunaikan rukun Islam itu tidak menjadi sia-sia.
Solat Smart mewujudkan kesihatan kepada jiwa dan fizikal manusia, selain merangsang pelbagai bentuk kecerdasan dalam diri manusia. Kesan kecerdasan dibangunkan menerusi solat smart yang memberi tunjang kepada kecemerlangan kehidupan dunia dan akhirat.
Mungkin kita menjadi umat Islam yang taat menunaikan solat. Bagaimanapun, sejauh mana ia dikerjakan dengan khusyuk, sepenuh hati dan mengikut tatatertibnya? Tidak kurang juga mulut melafazkan bacaan ayat al-Quran tetapi perasaan terus mengembara entah ke mana.
Justeru, dicadangkan supaya menegakkan solat dengan secara cerdas iaitu ia tidak saja dianggap ibadat spiritual yang memerlukan kehadiran hati, malah aktiviti fizikal dan mental serta kehadiran akal.
Program solat smart mempunyai empat unsur iaitu keperluan diri, tujuan solat sesuai dengan keperluan, jenis kecerdasan yang hendak ditinggalkan bagi memenuhi keperluan dan langkah awal bagi meningkatkan kecerdasan. Dengan mengatur program solat smart ini akan menjadikan ia lebih bererti, rajin dan bersemangat.
Strategi paling efektif dan lebih mendekatkan dengan tujuan solat adalah mendengar secara aktif, iaitu mengaktifkan fikiran dan terus berusaha menjaganya supaya ia tetap aktif dan menghayati setiap bacaan. Dengan mengaktifkan fikiran ketika mendengar bacaan solat, peluang memperoleh rahmat Allah SWT akan dicapai.
Selain itu, kita digalakkan menilai bagaimana cara Nabi Muhammad SAW bersolat supaya dapat dijadikan ikutan dalam menuju matlamatnya.
Secara keseluruhan solat menjadi lebih bermakna dengan menghayati serta mendalami kandungan buku ini yang memperincikan setiap genap berkaitan ibadat itu dalam lima bahagian dengan menekankan kepada persediaan diri bagi bersolat, mantapkan wujud solat, sistemkan fikiran anda dalam solat, hidupkan perasaan anda dalam solat dan tunjukkan solat anda bermakna.
Written by aferiza
January 16th, 2008 at 12:54 am
Posted in Solat
Banyak hikmah, pahala kekal wuduk
without comments
Oleh Zahari Hasib
UMUMNYA kita beranggapan wuduk wajib apabila hendak mendirikan solat saja atau dengan lain perkataan, berwuduk itu hanya pada saat kita akan menunaikan sembahyang, tanpa wuduk sudah tentu tidak boleh menunaikan solat.
Bagaimanapun tidak ada pula yang dapat merasakan wuduk perlu menjadi suatu daripada kebiasaan, kerana kita kurang mengetahui bahawa mengekalkan wuduk mempunyai banyak hikmah dan pahala tersembunyi.
Menurut riwayat yang sahih, Nabi Muhammad SAW adalah contoh nabi yang paling banyak mengambil wuduk sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Khalifah Umar al-Khattab pun sering berwuduk sebelum melangkah untuk memulakan perjalanan. Sebaik saja dilantik menjadi khalifah, Umar al-Khattab terus mengambil wuduk lalu mendirikan solat sunat dua rakaat.
Saidina Abu Bakar seorang khalifah Islam yang terbilang pernah ditanya seseorang mengenai perbuatannya mengambil wuduk pada saat akan menunggangi unta, lalu Saidina Abu Bakar menjawab: “Dengan berwuduk ketika akan melakukan perjalanan, dengan izin Allah kita akan terhindar daripada sebarang musibah dan kemalangan.”
Banyak riwayat serta hadis yang menerangkan betapa besarnya fadilat dan keberkatan wuduk, sehingga kita perlu mengakui pentingnya mengekalkan wuduk dan tidak hanya menjadikannya kewajipan untuk menunaikan solat.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang berwuduk dan dalam melakukan wuduknya itu dia berserah semata-mata hanya kepada Allah, lalu dia pula mematuhi segala rukun tertibnya yang betul, maka nescaya akan keluarlah segala dosa-dosanya daripada seluruh jasad hatta sekalipun dosa yang ada tersangkut pada celah kukunya pun akan mengalir jatuh bersama air wuduk itu.” (Hadis riwayat Muslim dan an-Nasai)
Tidak dinafikan cabaran bagi kita untuk bangun pagi dan berwuduk bagi menunaikan solat Subuh kerana lebih enak meneruskan tidur tetapi Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang berwuduk dengan cara sempurna di awal pagi yang dingin maka pahala baginya dua kali ganda.” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Hadis sahih juga menerangkan bahawa kebiasaan mengambil wuduk pada tiap hari lima kali (kerana keperluan untuk solat lima waktu untuk sehari semalam) mempunyai manfaat yang baik dari segi kesihatan.
Berwuduk secara tidak langsung membantu kita membersihkan seluruh anggota terpenting seperti muka, kedua tangan, pertengahan kepala, kedua telinga serta kedua kaki daripada segala kekotoran yang tidak disangkakan.
Lantaran itu, daripada penglihatan fizikalnya, orang yang rajin serta tekun menunaikan solat secara tetap dan berkekalan akan kelihatan bersih berseri wajah, anggota tangan dan kakinya.
Ini bertepatan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya perumpamaan bagi mereka yang sering kali berwuduk dan menunaikan solat itu ialah seperti seseorang yang mandi lima kali sehari di sebatang anak sungai, maka sudah barang tentu badannya akan bersih dan suci sepanjang waktu.”
Diriwayatkan daripada Saidina Umar al-Khattab, aku pernah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa di antara kamu yang berwuduk lalu selepas memperlengkapkan wuduknya dia mengucap dua kalimah syahadah pula, maka di akhirat nanti akan dibukakan lapan pintu syurga lalu malaikat akan mengiringnya masuk daripada mana-mana saja pintu yang dikehendakinya.”
Demikian besar dan pentingnya wuduk daripada kaca mata Islam tetapi sehingga ini mungkin tidak ramai antara kita yang mahu mengambil faedah dan keberkatan daripadanya, padahal kebiasaan mengekalkan diri dalam keadaan berwuduk bukan sesuatu yang sukar dilakukan.
Pernah terjadi satu peristiwa di mana Saidina Ali, menantu kepada Nabi Muhammad SAW pada ketika beliau sedang mengambil wuduk, tiba-tiba datang seorang Quraisy yang berniat hendak mencuri barangan diletakkannya di pinggir tiang masjid.
Tetapi dengan tidak semena-mena apabila terpandang Saidina Ali sedang mengambil wuduk, si Quraisy itu menjadi gementar lalu tidak jadi hendak mengambil barangan Saidina Ali, sebaliknya dia terus beredar pulang meninggalkan masjid. Keesokan harinya si Quraisy itu datang menemui Saidina Ali lalu mengakui niat jahatnya semalam dan bermohon untuk memeluk Islam.
Demikianlah beberapa petikan riwayat, kisah serta hadis yang memperkatakan mengenai hikmah dan fadilat terkandung dalam wuduk, yang meskipun kelihatan amat kecil tetapi sebenarnya sangat berperanan lebih-lebih lagi bagi umat Islam.
Pentingnya wuduk itu, solat seseorang tidak akan diterima Allah jika wuduknya tidak menepati rukun tertib. Kepentingan wuduk juga dapat kita lihat apabila Allah mewajibkan kepada kita bertayamum jika darurat serta ketiadaan air. Kita juga akan mendapat pahala sunat memegang dan menyentuh Al-Quran dalam keadaan berwuduk
Written by aferiza
January 7th, 2008 at 1:28 am
Posted in Ilmu, Solat
Orang-orang yang Didoakan oleh Malaikat
without comments
Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469) Read the rest of this entry »
Written by aferiza
November 28th, 2007 at 8:35 am
Posted in Akhlak, Ilmu, Masa, Solat, Tajdid Iman
Tips Mengurangkan Tekanan
without comments
Pendahuluan
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. Read the rest of this entry »
Written by aferiza
November 28th, 2007 at 2:22 am
Posted in Pendidikan, Solat
Solat sempurna cegah keburukan
without comments
SOALAN:
Apakah hukumnya seorang suami yang tekun solat lima waktu tetapi sering mengeluarkan kata-kata kesat kepada isteri dan anak-anaknya. Garang kepada keluarganya dan tidak mencurahkan kasih sayang yang sepatutnya sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya.
JAWAPAN:
Seperti mana yang dinyatakan oleh Ibnu A’syur, di dalam kitab Maqasid al-Syariah, bahawa setiap kefarduan yang diwajibkan ke atas setiap mukalaf, manfaatnya kembali kepada pelaksananya. Dalam persoalan solat, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Ankabut: 45). Read the rest of this entry »
Written by aferiza
November 23rd, 2007 at 1:38 am
Posted in Akhlak, Pendidikan, Perkahwinan, Solat
Panduan solat ketika dalam perjalanan
with one comment
Oleh Datuk Kamal Muhammad
TETAP TUNAI KEWAJIPAN: Jemaah wajib menunaikan solat mengikut kesesuaian ketika dalam kapal terbang atau berada keadaan apa sekalipun ketika perjalanan ke Tanah Suci.
Jemaah haji wajib tunai ibadat dalam kapal terbang ketika masuk waktu
IBADAT solat fardu lima waktu, adalah satu kefarduan Allah ke atas umat Islam yang istimewa, begitu berharga, wajib diambil perhatian berat untuk pelaksanaannya dan tidak boleh sama sekali diambil ringan, apa lagi diabaikan.
Allah mengundang kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW hadir kehadrat-Nya untuk menerima kefarduan itu. Perintah mendirikan solat tidak dikirim melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril seperti perintah yang lain.
Di dunia ini, selepas perintah beriman, solat adalah perintah amalan yang pertama diwajibkan sementara di akhirat nanti, solat adalah amalan pertama yang akan diperiksa, disoal dan dinilai.
Read the rest of this entry »
Written by aferiza
November 16th, 2007 at 12:55 am
Posted in Solat, Urusan Haji
Tahajud bina kekuatan jiwa, peribadi unggul
with 2 comments
Oleh Masmawi Abdullah
FIRMAN Allah bermaksud: “Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya”. (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)
Umat Islam dianjur melaksanakan qiamullail (tahajud) pada bahagian akhir malam sebagai manifestasi kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat-Nya yang begitu banyak dikurniakan kepada kita. Sesungguhnya solat pada akhir malam akan melahirkan kekuatan jiwa, memperkukuhkan keinginan dan azam untuk patuh serta taat kepada Allah.
Beribadat dan bermunajat kepada Allah pada malam hari, di kala insan lain sudah lama nyenyak dibuai mimpi indah. Ia suatu gambaran keikhlasan kepada Allah dan seterusnya membebaskan diri dari sifat riak yang boleh membakar seluruh amalan kebajikan.
Bermunajat dengan melaksanakan tahajud pada malam hari mengecewakan syaitan yang tidak jemu menggoda dengan pelbagai bisikan dan mendodoi manusia supaya terus lena hingga ke pagi hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment